~Miera Amira~

~Miera Amira~

Saturday, February 19, 2011

kehilangan???


hilang
mungkinkah akan ditemui
mungkinkah terus menanti
mungkinkah akan kembali
atau masih lagi terus
mencari

hilang
tiba masanya kepala pusing
tiba masanya semua kelam
dan ada juga yang mengalir
namun hilang tetap hilang

hilang
pelbagai ragam manusia lakonkan
marah, sedih, dan gembira menjadi bahan
ada juga yang berdoa agar diampunkan
namun ada juga yang tidak sudi memaafkan

hilang
ada persoalan masih terapung
benarkah hilang atau sekadar cubaan
sengaja dilalukan atau telah ditentukan
masih tetap disini atau dialihkan

apa pun yang telah hilang
yang punya akal pasti memahami
akal yang berfikir terus mengerti
akal yang mencari pasti akan temui
hilang itu pastikan berganti.


No comments:

Post a Comment